a Amalan Selepas Bersalin Kerabat Diraja Kelantan dan Terengganu – Yayasan Alam Melayu Sriwijaya


Proses bersalin merupakan detik yang amat berharga bagi seorang wanita yang bergelar ibu. Bagi seorang lelaki, detik ini menggambarkan betapa sempurnanya kehidupan setelah berkeluarga. Pada fasa ini, sokongan dan bantuan Sang suami amat diperlukan oleh Sang Isteri bagi mendapatkan kekuatan fizikal dan mental.
Berikut saya senaraikan 6 kaedah/amalan/petua yang saya perolehi daripada orang tua saya pada 28 Januari 2014 yang lalu :

1. BERTUNGKU

Pada hari ke-2 hingga ke-40 selepas bersalin, amalkan kaedah bertungku.
Bertungku adalah satu proses merawat tubuh badan dengan menggunakan suatu alat (batu).
• Waktu yang seelok-eloknya untuk bertungku adalah pada pukul 6 pagi.
• Batu yang digunakan untuk bertungku ini anda boleh ambil di kawasan pulau (Batu air masin).
• Jangan ambil Batu air tawar, kerana batu jenis ini apabila dipanaskan akan cepat hancur.
• Panaskan di atas dapur, apabila batu panas, angkat, masukkan ke dalam kain tebal ikat dan mulakan bertungku.
Kebaikan : Bertungku dapat mengeringkan darah anda dengan cepat. Pastikan anda bertungku dengan secukupnya.
Bagi anda yang tidak bersalin, bertungku juga boleh dilakukan jika anda terasa penat pada bahagian kaki. Selain tiu, remaja perempuan yang mengalami senggugut yang kuat juga boleh mengamalkan kaedah bertungku supaya darah yang keluar menjadi lancar dan sengugut tidak akan berlaku.
Pada hari ke-28 sehingga ke-40, anda perlu angkat peranakan ketika bertungku. Bagaimana? Angkat peranakan anda ke atas dan tungku di kawasan ari-ari anda. Rujuk kepada orang tua-tua. Perlu cara yang betul ketika melakukan kaedah ini supaya darah yang masih ada akan keluar membuak-buak.
Untuk wanita selepas bersalin, bukan anda sahaja yang perlu bertungku. Ingat, bayi anda juga perlu ditungku.
Caranya mudah sahaja
• Ambil pasir pantai,
• Panaskan di atas dapur menggunakan merstin atau kuali.
• Apabila pasir tadi panas, angkat dan balut dalam kain kemudian demah / tuam anak anda menggunakan pasir yang dibungkus tadi. Pastikan anda mendemah atau menuam bayi anda pada semua bahagian badan, lebih-lebih lagi bahagian kemaluan mereka. Kesan bayi yang tidak cukup atau tidak pernah didemah, anda akan dapati bayi akan mengalami angin pasang.
Angin pasang – dikenali sebagai inguinal hernia. Ini adalah keadaan di mana berlakunya bengkak pada bahagian ingunal, iaitu kawasan sebelah ari-ari dan pada setengah lelaki, bengkak ini boleh berterusan hingga ke dalam kerandut zakar.
Keadaan ini terjadi akibat kelemahan di sepanjang saluran inguinal. Keadaan ini juga kerap melanda lelaki berbanding wanita. Ini kerana ketika tumbesaran bayi lelaki di dalam rahim, pada mulanya, buah zakar berada dalam rongga abdomen.
Di peringkat akhir tumbesaran, kedua dua buah zakar akan turun melalui saluran inguinal ke dalam kerandut zakar. Sebaik saja lahir, saluran inguinal akan mengecil dan hanya mengandungi saluran air mani dan pembuluh darah saja.
Bagaimanapun, ada berlaku keadaan di mana penutupan ini tidak terjadi. Akibatnya, omentum atau sebahagian dari usus kecil boleh masuk ke dalam saluran ini dan kadang kala boleh masuk hingga ke dalam kerandut zakar.
Bayi perempuan juga boleh mengalami keadaan yang sama. Akhirnya, pembdahan saya boleh menyelamatkan keadaan. Atau, anda berjumpa dengan rawatan alternatif secepat mungkin.
*Demah/tuam – menekan badan menggunakan bahan-bahan yang disebutkan seperti di atas.
Ingat, bertungku dengan cukup akan mempercepatkan darah kering dan dalaman anda juga cuci atau bersih. Tambahan lagi, peranakan anda akan masuk ke tempat asal.
Rata-rata, wanita buncit selepas bersalin adalah kerana kurang atau tidak pernah bertungku.

2. SAKIT SELEPAS BERSALIN / KELUAR DARAH RENGAK

Antara hari ke-3 sehingga hari ke-7, wanita yang bersalin mudah terdedah kepada “keluar rengak”. Istilah ini bermaksud wanita akan terasa seperti sakit hendak bersalin sekali lagi dan memulas-mulas di bahagian perut.
Caranya :
• Ambil daun betik sebanyak 3 helai.
• Letakkan di bawah punggung
• Darah akan keluar (selalunya berketul-ketul)
• Kaedah ini akan mengelakkan wanita bersalin meroyan. Para suami hendaklah mengawasi isteri anda ketika saat ini.
Gila Merian atau Meroyan – merupakan jenis penyakit selepas bersalin yang amat serius dalam kalangan wanita. Biasanya wanita yang terlibat dikenal pasti dengan mudah oleh keluarga dan juga suami. Penyakit ini disebabkan berpunca daripada angin kotor yang berkumpul di dalam rahim selepas bersalin atau disebut juga “mother blues” .

3. KAYU SPAN KEDERAN (sejenis kayu) + MANJAKANI

Kayu Span Kederan ini anda boleh beli di Kedai-kedai India. Caranya rebus sehingga menggelegak. Buat air hangat. Minum pada setiap waktu makan.
Buah manjakani pula beli yang sedang-sedang, jangan terlalu besar. Letakkan dalam nasi panas, kepal lalu telanlah. Jangan kunyah. Herba ini sangat pahit. Kalau anda boleh tahan, kunyah saja.

4. BEKUNG – amal sehingga 60 hari

Selepas anda bertungku, lakukan kaedah bekung.
Bahan untuk bekung ialah kapur (makan), asam limau dan ragi.
Tujuan : mengecutkan peranakan. Ketika bersalin peranakan akan terbuka besar.
Sapu pada perut dan belakang perut (belakan badan setentang dengan perut).
Bekung perut dari punggung sehingga ke atas pinggang.
Kebaikan : Punggung tidak jatuh dan perut tidak buncit.
Fakta : anak tujuh tetapi punggung masih cantik

5. PEMAKANAN DAN MINUMAN

– Pada hari pertama sehingga ke-7, amalkan minum bahan-bahan ini.
• Air mawar
• Arang batu
• 3/7 helai daun terung pipit (mesti ganjil)
Caranya :
Daun tadi ditumbuk sehingga lumat
Tuang air mawar seruas jari manis
Perah dauh tadi dan buangkan hampasnya.
Asah bersama arang batu (asah dalam air daun terung pipit tadi)
Minum sehingga hari ke-7
Kesan : Dalaman, Kulit pejal. Ini adalah petua rahsia bagi kerabat Diraja Kelantan/Terengganu.
– Sawi dan semua jenis sayuran yang panas sahaja boleh dimakan. Jangan sesekali makan sayur yang menjalar. Akibatnya anda akan sakit.
Caranya :
Sawi + Lada hitam + bawang putih dimasak bersama. Jangan tumis.
– Menu seterusnya ialah Ayam. (Lagi bagus : ayam kampung)
Caranya :
Ayam + Lada hitam + Halia + bawang putih + Garam + Gula (semua ini ditumbuk)
Rebus sehingga kering (keluar minyak ayam)
Makan.
Amaran :
• tidak boleh makan makanan berminyak. Ini kerana peranakan anda akan turun (sifat minyak bagaimana)?, licin bukan?)
Nanti berair di bahagian situ dan impaknya, suami anda akan cari lain.
• Jangan makan banyak. Ambil satu mangkuk nasi dan lauk selepas bertungku.
• Dalam masa 40 hari, jangan makan telur. Nanti bernanah jalan bersalin (luka di kawasan bersalin)
• Ais – jangan ambil sehingga anak berumur 3 tahun. Kalau boleh, jangan amalkan terus. Supaya badan kuat.
• Nasihat orang tua saya : Kene ajar semua jenis makanan, jika terasa sakit hentikan. Itu tanda badan anda tidak boleh. Bergantung kepada individu.

6. MANDI

Buat air serum. Caranya :
• Serai wangi
• Daun kunyit
• Daun kuah(lengkuas)
• Daun pandan
* Rebus sehingga berasap. Jangan bagi gelegak. Jika menggelegak anda anda akan gagap (Pantang orang tua-tua).
* Curah / tuang air ini ke dalam besen dan + air lain = mandi.
Akhir sekali, penjagaan selepas bersalin perlu dititikberatkan oleh semua wanita dan para suami. Ketika ini, suami perlu memainkan banyak peranan. Jangan hanya tahu buat anak ya. Jika anda sayangkan isteri anda, jaga dengan rapi isteri anda. Isteri yang cantik datang dari suami yang cakna. Cakna di sini bermaksud menjaga dengan teliti kesihatan isteri selepas bersalin. Bukan pergi cari yang lain.
Dan untuk wanita pula, pesan orang tua saya, “Rupa Tak Lawa tidak mengapa, Asal ‘Barang’ Comel” . Ingat ya.
Rujukan:
http://mforum2.cari.com.my/archiver/?tid-721615.html
http://lovelychocolata.blogspot.com/…/takutnya-gila-meroyan…
Amilin Hashim

Wallahu a’lam
***Disadur dari sebuah tulisan Amilin Hashim di laman facebook

(Visited 56 times, 1 visits today)
Amalan Selepas Bersalin Kerabat Diraja Kelantan dan Terengganu
Tagged on:             

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

https://117.18.0.19/ https://117.18.0.17/ bandarqq dominoqq https://jftbasic.com/bonus-new-member/ https://jftbasic.com/modul/slot-pulsa/ https://jftbasic.com/modul/slot-maxwin/ https://jftbasic.com/modul/slot-kamboja/ https://jftbasic.com/modul/slot-thailand/ https://www.neotiahospital.com/dominoqq/ https://www.neotiahospital.com/bandarqq/ https://www.neotiahospital.com/robopragma/ https://prosulut.com/wp-content/slot-thailand/ https://prosulut.com/robopragma/ dominoqq bandarqq https://www.muistiliitto.fi/bandarqq/ https://tengerenge.com/alchemy/dominoqq/ https://www.jayanewslive.com/bandarqq/ https://www.jayanewslive.com/dominoqq/ https://www.jayanewslive.com/pkv/ https://hpnonline.org/wp-content/xrp/ https://hpnonline.org/wp-content/-/bandarqq/ https://hpnonline.org/wp-content/-/dominoqq/ https://ingeniomayaguez.com/inicio/wp-content/metahero/slot-terpercaya/ robopragma slot pulsa slot toto pkv games https://maximafoundation.org/ https://gsconsultants.lk/bandarqq/ https://gsconsultants.lk/dominoqq/ pkv games https://revistacipa.com.br/judi-bola-euro-2024/ pkv games https://ashleyadillon.com/ slot77 judi bola https://acapulco.gob.mx/mailer/ https://acapulco.gob.mx/tys/docs/ https://acapulco.gob.mx/pcivil/css/ https://acapulco.gob.mx/pcivil/uac/ https://acapulco.gob.mx/pcivil/recomendaciones/ pkv games dominoqq bonus new member slot depo 5k pkv games slot thailand slot garansi kekalahan slot dana situs toto slot thailand slot gacor mpo play slot bri slot bca slot dana slot mahjong ways slot77 slot77 slot123 pkv games pkv games pkv games pkv games pkv games bandarqq dominoqq dominoqq dominoqq dominoqq MPO mpo play mpo play bandarqq bandarqq pkv games pkv games pkv games jam hoki main slot jam hoki main slot bandarqq bandarqq pkv games bandarqq bandarqq bandarqq bandarqq dominoqq dominoqq dominoqq pkv games pkv games pkv games pokerqq mpo slot indonesia dominoqq bandarqq pkv games bandarqq pkv games pkv games
https://teradata.co.id/dana/ https://dipandutasa.pubmjatim.id/depo-10k/ https://dipandutasa.pubmjatim.id/robopragma/ https://dipandutasa.pubmjatim.id/slot-garansi-kekalahan/ slot thailand https://bpsk.kuningankab.go.id/indosat/ https://dlh.cirebonkab.go.id/robopragma/ https://dlh.cirebonkab.go.id/slot-pyramid/ https://dlh.cirebonkab.go.id/slot-depo-10k/ https://admpublik.unitri.ac.id/daftar/robopragma/ https://admpublik.unitri.ac.id/daftar/slot-pyramid/ https://admpublik.unitri.ac.id/slot-depo-10k/ https://sraten.tuntang.semarangkab.go.id/wp-content/uploads/2023/joker123/ https://sraten.tuntang.semarangkab.go.id/wp-content/uploads/2023/sbobet-sbobet88-judi-bola-mix-parlay/