Home / Sejarah Masakan / Sebuah Cerita tentang Masakan Melayu
3 Juni, 2016

Sebuah Cerita tentang Masakan Melayu

Posted in : Sejarah Masakan on by : makan makan

Masakan Melayu adalah masakan orang Melayu dari Malaysia, Indonesia, Singapura, dan Brunei yang dahulunya merupakan gugusan kepulauan melayu atau di kenali sebagai Nusantara. Setiap wilayah tradisional Melayu mempunyai makanan tradisional yang tersendiri – contohnya Terengganu dan Kelantan terkenal dengan Nasi dagang, Nasi kerabu danKeropok lekor, Negeri sembilan dengan Gulai lemak cili api, Pahang dan Perak dengan Gulai Tempoyak Ikan Patin, Kedahdengan Asam laksa dan Gulai nangka, Melaka dengan Asam pedas, Johor dengan Mi Bandung, Riau dengan hidangan ikan Patin;Gulai ikan patin dan Asam Pedas ikan patin, Melayu Deli di Medan Sumatera Utara terkenal dengan Nasi goreng teri Medan dan Gulai Ketam[1] dan Brunei dengan hidangan Ambuyat.

Ciri utama masakan tradisional Melayu ialah penggunaan rempah ratus yang banyak, serta santan yang penting untuk menghasilkan makanan berlemak dan pekat. Perasa seperti belacan dan budu adalah penting untuk menambah kesedapan makanan. Belacan juga digunakan sebagai bahan asas bersama-sama dengan cili, bawang dan bawang putih untuk menghasilkan sambal, satu lagi perasa utama dalam hidangan. Masakan Melayu juga banyak menggunakan lengkuas danserai makan.[2]

Hampir setiap masakan Melayu dihidang bersama dengan nasi, makanan ruji kepada orang Melayu dan juga kebanyakan etnik lain di Asia. Walaupun terdapat banyak jenis makanan dalam masakan Melayu, biasanya semua dihidangkan sekaligus, tanpa turutan sajian seperti dalam budaya Barat. Makanan akan dijamah dengan tertib menggunakan tangan kanan (tangan kiri dikhususkan untuk penyucian diri) [3] Tidak dapat dipastikan bila tradisi masakan Melayu mula wujud, tetapi rekod terawal yang ada adalah dari abad ke-15 apabila Kesultanan Melaka menjadi pusat perdagangan penting di Kepulauan Melayu.[4] namun begitu, keaslian dan tradisi makanan melayu juga di percayai telah wujud sebelum kesultanan melayu melaka kerana kewujudan makanan tidak boleh di ukur seiring dengan kewujudan empayar sesebuah kerajaan tetapi di ukur dengan kewujudan masyarakat atau kelompok manusia. hal ini kerana makanan dan manusia tidak dapat dipisahkan. namun begitu, tiada catatan yang khusus boleh di jadikan rujukan akademik dalam menilai kewujudan makanan melayu.

penglibatan aktifnya dalam perdagangan rempah serta keterbukaannya kepada bahan-bahan dan kaedah masakan yang diperkenalkan oleh orang luar seperti dari Arab, Parsi, China dan India. Melaka juga merupakan pemangkin kepada pembangunan dua budaya masakan yang kaya dan unik hasil dari campuran tradisi Melayu dengan China dan Eropah

Tinggalkan Balasan

Alamat surel Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *