Sejarah Penyebaran Islam di Kepulauan Melayu

Islam berkembang akibat pendakwahan para Sufi yang menjelajah ke pelusuk nagara-negara bukan Islam. Telah banyak teori dipersembahkan oleh para sejarawan mengenai kemasukan Islam di rantau ini, sama ada dari India, Cina mahupun Arab. Begitu juga cara kemasukannya yang dikaitkan dengan perdagangan, perkahwinan, pendakwahan, melalui peranan pembesar-pembesar dan juga peperangan.