Peranan Keluarga Syed dalam Sejarah Palembang Darussalam dengan Kedah Darul Aman

Ssebelum masa penjajah masuk, Islam telah masuk ke bumi Nusantara melalui pendakwa pendakwa yang merupakan titisan langsung darah Baginda Nabi Muhammad SAW. Jadi tidaklah mengherankan bila wilayah Asia Tenggara ini pemeluk agama Islamnya sangat besar dan sampai saat ini tetap kuat memegang ajaran dari satu generasi hingga generasi sekarang

Sejarah Penyebaran Islam di Kepulauan Melayu

Islam berkembang akibat pendakwahan para Sufi yang menjelajah ke pelusuk nagara-negara bukan Islam. Telah banyak teori dipersembahkan oleh para sejarawan mengenai kemasukan Islam di rantau ini, sama ada dari India, Cina mahupun Arab. Begitu juga cara kemasukannya yang dikaitkan dengan perdagangan, perkahwinan, pendakwahan, melalui peranan pembesar-pembesar dan juga peperangan.