Yayasan Alam Melayu Sriwijaya (MALAYA)
» Jadwal Sholat Kota Palembang dan Sekitarnya
» Profil Yayasan Malaya
» Kegiatan Yayasan Malaya
» Info Hotel di kota Palembang
» Download

Di zaman silam, mempelajari ilmu persilatan satu kemestian kepada anak-anak lelaki. Gambaran pelukis di atas menunjukkan Hang Tuah dan rekan-rekannya Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu sedang berguru dengan Adi Putra di sebuah gua di pedalaman Melaka. Dengan keberanian dan kegagahan ditambah pula dengan kecakapan bersilat, lima bersaudara ini membantu mengawal keamanan negeri Melaka.

Hang Jebat adalah seorang hulubalang yang gagah berani dan diperlihatkan dengan jelas ketika ia turut bersama empat sahabat yang lain menentang Japun di Pulau Tinggi ketika berumur 10 tahun. Beliau digambarkan seorang yang bersifat agresif serta mempunyai kemahuan dan bercita-cita besar. Sikap cepat marah dan tidak dapat menahan sabar jelas sewaktu ia mengikuti rombongan Raja Malaka ke Majapahit.

Buku Hikayat Hang Tuah menjelaskan sifat Hang Jebat melalui pandangan penghulu Singapura, “Dan seorang Hang Jebat, itu pun terlalu baik sikapnya, tubuhnya putih kuning dan rambutnya ikal, perkataannya keras serta memiliki suara yang merdu”.

Hang Jebat mula bersikap angkuh dan sombong dengan kedudukan, pangkat, gelaran yang diaugerahkan oleh Sultan setelah Hang Tuah dijatuhkan hukuman. Beliau dengan kejam membunuh 700 dayang-dayang istana sewaktu mengamuk setelah mengetahui sahabat baiknya Hang Tuah masih hidup dan dititahkan raja untuk membunuhnya.

Sewaktu Hang Tuah difitnah oleh Patih Kerma Wijaya, Sultan yang memerintah ketika itu dengan tanpa usul periksa, telah menitahkan kepada Bendahara Paduka Raja agar Hang Tuah dihukum bunuh. Sebagai seorang sahabat yang setia, Hang Jebat berasa amat marah atas tindakan Sultan yang membuat keputusan tanpa menyiasat terlebih dahulu.

Penganugerahan pangkat dan keris warisan dari Bukit Siguntang bernama Taming Sari telah mendorong Hang Jebat menderhaka bagi tujuan membalas dendam dan menuntut bela di atas kematian Hang Tuah. Hang Jebat telah mengamuk dan sekaligus menderhaka kepada Sultan sehingga menyebabkan keadaan istana menjadi kacau bilau demi menegakkan keadilan dan kebenaran. Walau bagaimanapun, Bendahara Paduka Raja sebenarnya tidak membunuh Hang Tuah tetapi telah menyembunyikannya di suatu tempat yang tidak diketahui oleh orang lain.

Setelah menyaksikan sikap Hang Jebat, maka Hang Tuah telah dijemput semula bagi membunuh Hang Jebat. Hang Tuah yang telah diampunkan oleh raja, diminta menyapu arang di muka baginda dengan membunuh Hang Jebat. Hang Tuah tidak dapat menerima sebarang alasan dan menganggap Hang Jebat telah menderhaka kepada Sultan. Maka berlakulah pertikaman sengit serta penuh tragis antara dua hulubalang Melaka terbilang berpaksikan falsafah ‘Pantang Melayu Menderhaka kepada Tuannya’ dan ‘Raja Adil Raja Disembah, Raja Zalim, Raja Disanggah’. Hang Jebat akhirnya mati di tangan Hang Tuah setelah keris Taming Sari kembali kepada tuannya. Sewaktu di riba Hang Tauh, beliau berpesan agar anaknya, hasil perkahwinan bersama Dang Baru, dipelihara oleh Hang Tuah.

Makam yang dikenal sebagai Makam Hang Jebat terletak di Jalan Tukang Besi (dahulunya dikenal sebagai Jalan Kuli) di tengah-tengah Bandar Melaka. Hang Jebat adalah sahabat yang paling setia dan rapat dengan Hang Tuah disamping tiga orang sahabatnya yang lain yaitu Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu. Untuk makam yang dikenal sebagai makam Hang Tuah, terletak di Tanjung Kling, Melaka, tepatnya di Jalan Hang Jebat 210. Dan makam yang dikenal sebagai makam Hang Kasturi, terletak di Persiaran Jonker yang juga dikenal sebagai Jalan Hang Jebat, Malaka.***tdb

Makam Hang Jebat di Malaka

Makam Hang Kasturi

Makam Hang Tuah

Wallahu a’lam

• telah dilihat 28 kali • total 2 kunjungan untuk hari ini •
Makam Hang Jebat, Hang Kasturi dan Hang Tuah di Malaka

Tulisan Terkait

Tag pada:            

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *