Yayasan Alam Melayu Sriwijaya (MALAYA)
» Jadwal Sholat Kota Palembang dan Sekitarnya
» Profil Yayasan Malaya
» Kegiatan Yayasan Malaya
» Download
--------------------

Mengenal Tasawuf dan Tarekat
Sejarah Penyebaran Islam di Kepulauan Melayu

Islam merupakan agama sejagat. Kesejagatannya terhasil dalam banyak aspek atas landasan tasawuf, iaitu cahaya hakiki Islam.

Islam berkembang akibat pendakwahan para Sufi yang menjelajah ke pelusuk nagara-negara bukan Islam. Adalah contoh-contoh yang menarik oleh para Zahid dan Syeikh-syeikh Tariqah, yang menguasai bahasa manusia yang berada di sekitar mereka, yang menawan begitu ramai penganut Hindu dan orang-orang Melayu ke penghayatan Islam.

Telah banyak teori dipersembahkan oleh para sejarawan mengenai kemasukan Islam di rantau ini, sama ada dari India, Cina mahupun Arab. Begitu juga cara kemasukannya yang dikaitkan dengan perdagangan, perkahwinan, pendakwahan, melalui peranan pembesar-pembesar dan juga peperangan.

Pada tahun 1436M, Parameswara, yang meneraju kerajaan Melaka, telah memeluk Islam dan digelar Sultan Megat Iskandar Syah. Beliau berjaya membebaskan Melaka dari penjajahan Cina sejak 1402M. Melaka kemudian menguasai jalan perdagangan di seluruh kepulauan Melayu dan pada tahun 1500M, Melaka telah terbina sebagai sebuah pusat dagangan terulung di Asia Tenggara, dan semua pelabuhan di pesisir barat nusantara berpusat di Melaka. Terpenting di antara pelabuhan-pelabuhan itu adalah di pesisir utara Jawa yang penduduknya pada masa itu masih berfahaman Hindu.

Kerajaan Majapahit pula buat masa itu telah hampir runtuh. Peperangan saudara meletus dari 1402M hingga 1406M yang membantu kejatuhan kerajaan Majapahit. Mengambil kesempatan itu, penguasa-penguasa di pesisir Jawa menuntut kemerdekaan dari Majapahit dan Pajajaran. Perkahwinanperkahwinan di antara pedagang-pedagang Islam dengan keluarga bangsawan tempatan menguatkan tali persaudaraan dengan Melaka. Maka terbukalah pintu-pintu tanah Jawa kepada Islam.

Ibn Bathuta pernah menyebut seorang ahli Sufi dari Indonesia, Syeikh Abu Mas’ud Abdullah bin Mas’ud Al Jawi, yang diketemui di Aden, Yaman pada 1328M. Terbukti, Islam dan pergerakan Sufi telah bertapak di Jawa pada waktu itu mungkin dengan perantaraan pedagang-pedagang dan orang-orang bangsawan.

Islam membawa bersamanya pengajaran tasawuf yang mementingkan hidup kasih sayang dan zuhud. Konsep persamaan taraf manusia pula memberi harapan kepada golongan bawahan yang tertekan dalam system kasta Hindu. Pengenalan seni dalam tasawuf membantu menyemarakkan perkembangan Islam di kalangan bangsa Jawa. Ini kerana orang-orang Jawa memberi penghargaan tinggi terhadap seni. Wali-wali di masa itu, yang dikenali sebagai Wali Sembilan atau Wali Songo, tahu benar tentang kecenderungan tersebut dan memanfaatkannya untuk faedah Islam.

Demikian pengantar sebuah tulisan Ustaz Mohamad Ali dalam kitab ‘Mengenal Tasawuf dan Tarekat’ (Thinker’s Library) yang kami nukilkan, mencakup sejarah penyebaran Islam di kepulauan Melayu. Untuk mengetahui lebih lanjut isi tulisan tersebut, kami share dalam bentuk ebook yang dapat juga ditemui pada laman download di portal ini.***tdb

Download Link [PDF format | 324 kb]
https://yayasanmalaya.files.wordpress.com/2017/11/sejarah-penyebaran-islam-di-kepulauan-melayu.pdf

Wallahu a’lam

• telah dilihat 17 kali • total 1 kunjungan untuk hari ini •
Sejarah Penyebaran Islam di Kepulauan Melayu

Tulisan Terkait

  • Tidak Ada Tulisan Terkait
Tag pada:    

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *