» Jadwal Sholat Kota Palembang dan Sekitarnya
» Profil Yayasan Malaya
» Kegiatan Yayasan Malaya
Jadwal Imsakiyyah Ramadhan 1438 H untuk kota Palembang
al-Sultan al-Muazzam Alaauddin Sulaiman Syah (Sultan Selangor)

Sultan Selangor pada masa dahulu, iaitu al-Sultan al-Muazzam Alaauddin Sulaiman Syah merupakan seorang alim ulama. Bahkan beliau sendiri memberi khutbah pada hari Jumat dan mengimamkan sholat.

Gambar di atas menunjukkan ketika beliau memberi khutbah.
Disamping itu juga, beliau pernah mengarang sebuah kitab yang diberi nama Pohon Agama yang mana kitab ini disebarkan sebagai pembelajaran di negeri Selangor bagi kanak-kanak.

Kata Sultan di dalam kitab tersebut berkenaan dengan aqidah:

“Maka tiada Ia (Allah) di atas sesuatu dan tiada Ia di bawah sesuatu, dan tiada Ia ada kanan sesuatu, dan tiada di belakang sesuatu dan tiada bagiNya atas, dan tiada bagiNya bawah, dan tiada bagiNya kanan dan bagiNya kiri dan tiada bagiNya hadapan dan tiada bagiNya belakang dan tiada bertempat”

Inilah aqidah ummat Islam sejak zaman dulu. Bukan aqidah bahawa Allah duduk, atau menetap di atas arasy atau langit. Bukan aqidah Allah berada di mana-mana, bukan Aqidah Allah berada di setiap tempat. Tetapi meyakini bahawa Allah wujud tidak bertempat.

Hal ini kerana al-Imam Ahmad bin Hanbal berkata:

“Apa sahaja yang tergambar di dalam fikiran kamu, maka Allah tidak seperti dengan apa yang kamu gambarkan”.

Wallahu a’lam

Sultan Sir Alaeddin Sulaiman Shah merupakan Sultan yang memerintah negeri Selangor, Malaysia pada tahun 1898 hingga 1938. Baginda adalah putera kepada Raja Muda Musa dan dilahirkan pada tahun 1866 di Kuala Selangor. Semasa mudanya, baginda pernah belajar di Raffles School, Singapura dan Raja School di Kuala Lumpur. Baginda telah dilantik menjadi Raja Muda pada tahun 1887 bagi mengisi kekosongan jawatan setelah kemangkatan ayahanda baginda pada tahun 1884. (wikipedia)

• telah dilihat 253 kali • total 1 kunjungan untuk hari ini •
Petuah Sultan al-Muazzam Alaauddin Sulaiman Syah tentang Aqidah

Tulisan Terkait

Tag pada:    

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *