a Adat Istiadat dalam Sulalatus Salatin – Yayasan Alam Melayu Sriwijaya

Sulalatus Salatin adalah judul asal Sejarah Melayu. Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) merupakan satu karya sejarah mengenai kebangkitan, kegemilangan dan kejatuhan zaman Kesultanan Melayu Melaka yang ditulis oleh beberapa orang pengarang Melayu. Namun terdapat pendapat yang mendakwa apabila (Portugis) menakluk Melaka, salinan Sejarah Melayu telah dibawa ke Goa. Sejarah Melayu Sulalatus Salatin dianggap penting kerana ia memberikan adat istiadat kerajaan, susunan raja Melayu dan sejarah kerajaan Melayu.
Dalam teks Salalatus Salatin terdapat banyak adat yang diamalkan. Antara adat yang terdapat dalam Salalatus Salatin ialah:

1) Adat Penganugerahan Gelaran

Adat ini dimulakan dengan menjemput orang yang bakal menerima gelaran ke istana. Jemputan pula penganugerahan adalah mengikut pangkat dan gelaran yang bakal diterima. Orang besar-besar akan menjemputnya jika mendapat penganugerahan ‘Perserian’. Bagi anugerah ‘Persangan’ hanya orang kecil-kecil sahaja yang akan menjemput orang yang bakal menerima anugerah. Orang yang akan menerima anugerah akan dijemput dengan menggunakan gajah atau kuda. Mereka akan diiringi dengan payung dan gendang se­runai ke istana. Ketika tiba di istana, riwayat mereka akan dibaca dan diberi persalinan mengikut gelaran yang diberikaan oleh raja. Sebagai contoh, anugerah bendahara akan diberi lima ceper persalinan. Situasi ini dapat digambarkan melalui petikan teks di bawah:
Jika baginda menggelar orang, maka raja dihadap orang di balairung, orang beradat. Maka dijemput orang itu: jika “Perserian “, Orang Besar-besar menjemput dia; jika “Per­sangan”, orang kecil menjemput dia; jika “Pertuanan” orang sedang menjemput dia; dan jika orang bergelar itu patut bergajah, dibawakan gajah; yang patut berkuda, dibawakan kuda; dan jikalau tiada patut bergajah dan berkuda, dibawa berjalan dengan bingkisan, dengan payung dan gendang se­runai, tetapi payung itu, ada hijau, ada yang biru, ada yang merah, dan sebesar-besamya payung kuning; dan payung putih dengan nagara itu mahal adanya, sebaik-baiknya nafiri. Dan payung kuning itu payung anak raja-raja dan orang besar-besar; dan payung ungu dan merah dan hijau itu payung sida-sida dan ben tara hulubalang sekalian. Adapun payung biru dan hitam itu akan payung barang orang bergelar juga. (A. Samad Ahmad,1979: 76)

2) Adat Mengadap Raja di Balairung

Semasa mengadap raja terdapat adat istiadat mengadap raja di balairung. Pembesar-pembesar akan disusun mengikut pangkat kebesaran tersendiri seperti bendahara, penghulu bendahari, dan temenggung akan duduk di seri balai. Anak- anak raja akan duduk di bahagian serambi balai sebelah kiri dan kanan. Sida- sida yang muda akan duduk berselang-seli dengan bentara dan hulubalang yang berdiri di ketapakan balai memikul pedang. Petikan di bawah menggambarkan aturan mengadap raja di balairung.  Situasi ini dapat digambarkan melalui petikan teks di bawah:
Kemudian dari­pada itu maka Raja Iskandar pun keluarlah ke penghadapan, dihadap oleh segala raja-raja dan ulama dan pendita dan segala Orang Besar-besar, dan segala pahlawan yang gagah-gagah mengelilingi takhta kerajaan baginda, dan dan belakang ba­ginda segala Hamba yang khas dan segala yang kepercayaannya. (A. Samad Ahmad, 1979:5)
Adapun apabila raja dihadap orang di balairung, maka Benda­hara dan Penghulu Bendahari dan Temenggung, dan segala menteri dan Orang Besar-besar, segala sida-sida duduk di seri balai; maka segala anak raja-raja itu duduk dikelek-kelekan balai kiri kanan, dan segala sida-sida yang muda-muda duduk diselang-selang antara Bentara, dan hulubalang muda-muda berdiri di ketapakan balai memikul pedang, dan kapala ben­tara yang di kiri itu, daripada anak cucu menteri yang patut akan menjadi Bendahara dan Penghulu Bendahari dan Temeng­gung; dan kepala bentara yang di kanan itu, daripada anak cucu hulubalang yang akan patut jadi Laksamana dan Seri Bija Diraja; dan barang siapa bergelar Sang Setia bakal Seri Bija Diraja, dan barang siapa bergelar Sang Guna bakal Lak­samana, dan barang siapa bergelar Tun Pikrama bakal Benda­hara. (A.Samad Ahmad, 1979: 75)

3) Istiadat Raja ke Istana

Institusi beraja dalam Sulalatus Sulatin mempunyai kepelbagaian adat istiadat yang mengikut aturan termasuklah adat istiadat raja masuk ke istana. Ketika raja akan ke istana gendang akan dipalu sebanyak tujuh ragam dan nafiri akan dibunyikan. Setelah selesai palukan gendang kali ke tujuh, raja keluar bergajah diarak ke istana. Rakyat yang hadir akan duduk bersila di tanah. Situasi ini dapat digambarkan melalui petikan teks di bawah:
Syahadan di Bintan gajah memangku puan baginda, dan Demang Mangku Raja, saudara Demang Lebar Daun, menyan­dang pedang badram belawa, dengan segala penjawat baginda berjalan di hadapan gajah baginda; Menteri Bupala memegang gading kanan, Aria Bupala memegang gading kiri. Maka pa­yung iram-iram kerajaan putih pun terkembanglah empat, serta cogan kerajaan panji-panji alam pun terdirilah. Maka diarak oranglah baginda masuk ke dalam kota Bintan dengan segala bunyi-bunyian diiringkan oleh segala menteri hulu­balang kedua buah negeri itu, terlalu sabur rupanya. Mereka yang melihat bersesak bertindih-tindih sepanjang pasar itu. Maka disuruh arak oleh Wan Seri Beni langsung sekali ke dalam; maka diarak oranglah masuk ke dalam rong sekali, terkepil di atas rong dalam. (A. Samad Ahmad, 1979:25)
Berdasarkan Sulalatus Salatin ini, Raja Iskandar berjalan di hadapan gajah baginda berserta dengan menteri baginda iaitu, Menteri Bupala memegang gading kanan manakala Aria Bupala memegang gading kiri. Orang suruhan baginda akan berjalan di hadapan gajah baginda. Payung iram-iram putih kerajaan juga turut digunakan semasa perarakan tersebut. Segala bunyi-bunyian dimainkan dan diiringi menteri kedua-dua buah negeri melalui pasar sebelum masuk ke balai rong.

4) Adat Menjunjung Duli

Adat menjunjung duli juga terdapat dalam Sulalatus Salatin. Adat istiadat ini diadakan apabila empat atau lima orang kepala bentara yang terdiri daripada sida-sida akan duduk di Seri Balai. Segala perkakas seperti ketur, kendi, kipas, dan barang yang diselang kedudukannya. Pedang pula berada di sebelah kiri dan kanan. Pedang kerajaan dipikul oleh Laksamana atau Seri Bija Diraja. Situasi ini dapat digambarkan melalui petikan teks di bawah:
Syahadan jika menjunjung duli, dahulu kepala bentara yang empat lima orang itu daripada sida-sida yang duduk di Seri balai itu, melainkan segala menteri yang besar-besar. Ada­pun nakhoda Cempa yang pilihan duduk di seri balai; maka segala anak tuan-tuan yang bersahaja-sahaja duduk di selasar balai. Adapun segala perkakas raja, seperti ketur dan kendi, kipas dan barang sebagainya diselang-selang duduknya; me­lainkan puan dan pedang dikelek-kelekan kiri dan kanan; pedang kerajaan itu, Laksamana atau Seri Bija Diraja memi­kul pedang itu. (A.Samad Ahmad, 1979:75)

5) Adat Menyambut Kedatangan Utusan Kerajaan Luar

Adat menyambut utusan juga terdapat dalam Sejarah Melayu ini. Adat istiadat ini diadakan apabila kerajaan menerima kehadiran orang utusan luar yang dalam ke negeri untuk menyampai sesuatu utusan. Dalam Salalatus Salatin ada mengisahkan penerimaan surat dari Pasai atau Haru yang dijemput dengan pelbagai alat kerajaan seperti gendang, serunai, nafiri, negara, payung putih dan lain-lain lagi. Apabila surat sampai ke balai, disambut oleh hulubalang asal iaitu Kepala Bentara dari kanan. Kepala bentara yang dari kiri menyampaikan titah raja kepada utusan, Kepala Bentara yang kanan menyampaikan sembah. Jika surat dari negeri lain, sambutannya kurang sedikit. Sekadar gendang serunai dan payung kuning. Walau bagaimanapun sepersalinan tetap akan diberikan. Jika utusan raja besar yang hadir akan diberi payung kuning dan putih. Sambutan ini dibuat secara besar-besaran. Situasi ini dapat digambarkan melalui petikan teks di bawah:
Dan apabila utusan datang atau pergi, ceper dan kerikal dibawa hamba raja dari dalam, maka disambut oleh kepala bentara yang di kanan, kerikal itu diletakkan had Bentara. Maka ceper dan tetampan diberikan pada orang yang membawa surat. Kija surat dari Pasai atau dari Haru, dijemput dengan selengkap alat kerajaan: Gendang, serunai, nafiri, negara, payung putih dua berapit: melainkan mendeli juga yang tiada pergi menjemput itu: dan menteri mengepalakan gajah, dan bentara di buntut gajah: sida-sida membawa surat dengan penghulu biduanda kecil; dan gajah dikepilkan di hujung balai, kerana raja dua buah negeri itu sama besarnya dengan raja Melaka, tua muda sekaliannya berkirim salam jua. (A.Samad Ahmad, 1979:76)

6) Adat Memberi Persalinan

Adat persalinan ini diadakan kepada utusan. Persalinan merupakan pakaian akan diberikan kepada utusan mengikut darjat. Adat diceritakan dalam Salalatus Salatin jika Bendahara lima ceper persalinan, anak raja empat ceper, tidak ada ikat pinggang. Bendahara sida-seda hulubalang, kita ceper. Orang bersalin memakai pontoh dan petam. Cara memakai pontoh mengikut  gelaran dan darjat. Situasi ini dapat digambarkan melalui petikan teks di bawah:
Maka datanglah persalin; jika akan jadi Bendahara, lima ceper persalinannya; baju seceper, kain seceper, destar seceper, sebai seceper, ikat pinggang seceper; jikalau anak raja-raja dan para menteri cateria empat ceper juga, ikat pinggang tiada; jikalau bentara sida-sida hulubalang tiga ceper; kain seceper, baju seceper, destar seceper, ada yang semunya sekali seceper, ada yang tiada berceper, kain, baju destar di biru-biru sahaja, maka diampu oleh hamba raja, datang pada orang bergelar itu disampaikan di lehernya. Maka dipeluk oleh orang itu lalu dibawanya keluar. Dan jila persalinan utusan, demikian juga adatnya, masing-masing pada patutnya. (A.Samad Ahmad, 1979:77)

7) Adat Raja Berangkat pada Hari Raya Secara Berusungan

Raja akan berangkat dengan usungan. Kepala usungan kanan akan dipegang oleh Penghulu Bendahari dan sebelah kiri oleh Laksamana. Di sebelah belakang pula Menteri Kedua. Hulubalang berjalan di hadapan raja dengan membawa alat kerajaan di kiri dan kanan, sementara Bentara memikul pedang. Bendahara berjalan di belakang raja dengan kadi, pakeh segala orang besar dan segala menteri yang tua. Situasi ini dapat digambarkan melalui petikan teks di bawah:
Syahadan apabila raja berangkat hari raya berusung, Penghulu Bendahari memegang kepala usungan yang di kanan, dan yang di kiri  Laksamana, dan di belakang itu Menteri keduanyya memegang dia, dan pada rantai dekat kaki raja. Seri Bija Diraja memegang dia; dan bentara, hulubalang berjalan dahulu di hadapan raja, masing-masing dengan jawatannya. Segala alat kerajaan dibawa orang berjalan di hadapan raja, tombak kerajaan sebatang sebatang dari kiri dan sebatang dari kanan; di hadapan raja segala bentara memikul pedang, dan dihadapan sekali segala orang yang berlembing adapun jogan di hadapan raja, dan di hadapannya gong gendang dan segala bunyi-bunyian, negara dari kanan, nafiri dari kiri; jikalau berjalan, lebih kanan daripada kir; pada kedudukan, lebih kiri daripada kanan … (A.Samad Ahmad, 1979:78)

8) Adat Menyambut Hari Raya

Bendahara dan segala Orang Besar-besar akan duduk berkampung dan usungan akan diarak oleh Penghulu Bendahari. Apabila usungan tiba, segala orang yang duduk dibalai turun berdiri, beratur bersaf-saf gendang akan dipalu tujuh ragam, diiringi nafiri. Selepas tujuh kali, raja berangkat menaiki gajah dan diarak ke masjid dan barulah ke istana.

9) Adat Raja Menunggang Gajah

Temenggung berada di bahagian kepala gajah, Laksamana di buntut gajah dan bentara pula memikul pedang kerajaan. Orang besar-besar berada di sebelah kiri gendang dan orang berpangkat rendah berada di sebelah kanan gendang. Situasi ini dapat digambarkan melalui petikan teks di bawah:
Bermula jika raja bergajah, Temenggung di kepala gajah, Laksamana atau Seri Bija Diraja di buntut, bentara memikul pedang kerajaan. Adapun jika mengadap nobat, barang orang Besar-besar dari kiri gendang; barang orang kecil dari kanan gendang. Adapun yang kena sirih nobat pertama Bendahara dan anak raja-raja … (A.Samad Ahmad, 1979:78)

10) Adat Menyambut Malam Tujuh Likur atau Malam Dua Puluh Tujuh

Pada waktu siangnya sejadah akan diarak ke masjid. Temenggung akan gajah, puan serta segala alat kerajaan dan gendang akan dibawa terlebih dulu ke masjid. Keesokannya, laksamana akan mengarakkan serban. Raja-raja Melayu akan berangkat ke masjid bertengkolok dan berbaju sarung. Situasi ini dapat digambarkan melalui petikan teks di bawah:
Syahadan jika malam dua puluh tujuh, tatkala pada siangnya mengarak sejadah ke masjid, Temenggung mengepalakan gajah; maka puan segala alat kerajaan dan gendag, semuanya diarak dahulu ke masjid. Setelah malam maka raja berangkat seperti adat hari sembahyang terawih, sudah itu berangkat kembali. Setelah esok harinya maka Laksamana mengarak serban, adat raja-raja Melayu berangkat ke masjid bertengkolok berbaju sarung, itulah yang jadi larangan pada orang kahwin; barang siapa yang dikurnia maka beroleh memakai dia; dan memakai cara Keling itu pun larangan lagi, melainkan barang siapa sedia pakaian, dapatlah dipakainya sembahyang dan kahwin. (A.Samad Ahmad, 1979:79)

11) Adat istiadat Perkahwinan Diraja

Adat ini dimulakan dengan adat meminang dan adat berjaga-jaga selama empat puluh hari empat puluh malam. Setelah selesai adat berjaga-jaga itu barulah diadakan majlis akad nikah. Misalnya perkahwinan antara Raja Omar dengan Raja Fatimah, bermula dengan menghantar sirih pinang dan emas belanja, perarakan dengan gajah dan akad nikah oleh kadi. Raja Omar dan Raja Fatimah dihiasi dengan pakaian kerajaan yang bertahtakan ratna mutu intan baiduri. Kemudian Raja Omar dinaikkan ke atas gajah dan diarak dengan bunyi-bunyian. Sambutan perkahwinan Diraja disambut dengan meriah sekali. Situasi ini dapat digambarkan melalui petikan teks di bawah:
Setelah genaplah empat puluh hari empat puluh malam berjaga-jaga itu, kepada keesokan harinya, maka Raja Omar dan Raja Fatimah pun dihiasi oranglah dengan pakaian kerajaan kerajaan yang bertahtakan ratna mutu intan baiduri. Setelah itu maka Raja Omar pun dinaikkan orang ke atas gajah, Tun Nara Wangsa di kepala, dan Tun Mat Ali, anak Laksamana Hang Nadim di buntut; maka diaraklah dengan selengkap alat kerajaan dan dengan segala bunyi-bunyian, gendang, serunai, nafiri, negara, madeli, terlalu azamat bunyinya, bercampur dengan bunyi bedil pegawai istinggar, seperti kacang direndang; diarak lalu ke dalam, maka gajah pun terkepillah di astaka balai.maka Sultan Alau’d-Din sendiri menyambut tangan anakanda baginda, Rja Omar, sebelah kanan dan Bendahara sebelah kiri, dipimpin ke seri balai, didudukkan di atas ciu yang keemasan; maka tampillah kadi menikahkan baginda. (A.Samad Ahmad, 1979:300)
Wallahu a’lam
Sumber: Karya Agung Melayu

(Visited 105 times, 1 visits today)
Adat Istiadat dalam Sulalatus Salatin
Tagged on:                 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

https://117.18.0.19/ https://117.18.0.17/ bandarqq pkv games dominoqq bandarqq dominoqq https://jftbasic.com/bonus-new-member/ https://jftbasic.com/modul/slot-pulsa/ https://jftbasic.com/modul/slot-maxwin/ https://jftbasic.com/modul/slot-kamboja/ https://jftbasic.com/modul/slot-thailand/ https://www.neotiahospital.com/dominoqq/ https://www.neotiahospital.com/bandarqq/ https://www.neotiahospital.com/robopragma/ https://prosulut.com/wp-content/slot-thailand/ https://prosulut.com/robopragma/ dominoqq bandarqq slot77 pkv games https://aim-ima.be/bandarqq/ https://aim-ima.be/dominoqq/ https://aim-ima.be/pyramid/ https://www.muistiliitto.fi/bandarqq/ https://tengerenge.com/alchemy/dominoqq/ https://oasismedical.com/robopragma/ https://oasismedical.com/slot-garansi-kekalahan/ https://www.jayanewslive.com/bandarqq/ https://www.jayanewslive.com/dominoqq/ https://www.jayanewslive.com/pkv/ https://hpnonline.org/wp-content/xrp/ https://hpnonline.org/wp-content/-/bandarqq/ https://hpnonline.org/wp-content/-/dominoqq/ https://ingeniomayaguez.com/inicio/wp-content/metahero/slot-terpercaya/ robopragma slot pulsa slot toto pkv games https://maximafoundation.org/ https://gsconsultants.lk/bandarqq/ https://gsconsultants.lk/dominoqq/ pkv games https://revistacipa.com.br/judi-bola-euro-2024/ pkv games https://ashleyadillon.com/ slot77 judi bola https://acapulco.gob.mx/mailer/ https://acapulco.gob.mx/tys/docs/ https://acapulco.gob.mx/pcivil/css/ https://acapulco.gob.mx/pcivil/uac/ https://acapulco.gob.mx/pcivil/recomendaciones/ pkv games dominoqq bonus new member slot depo 5k pkv games slot thailand slot garansi kekalahan slot dana situs toto slot thailand slot gacor mpo play slot bri slot bca slot dana slot mahjong ways slot77 slot77 slot123 pkv games pkv games pkv games pkv games pkv games bandarqq dominoqq dominoqq dominoqq dominoqq MPO mpo play mpo play bandarqq bandarqq pkv games pkv games pkv games jam hoki main slot jam hoki main slot bandarqq bandarqq pkv games bandarqq bandarqq bandarqq bandarqq dominoqq dominoqq dominoqq pkv games pkv games pkv games pokerqq mpo slot indonesia dominoqq bandarqq pkv games bandarqq pkv games pkv games
https://teradata.co.id/dana/ slot thailand https://bpsk.kuningankab.go.id/indosat/ https://sraten.tuntang.semarangkab.go.id/wp-content/uploads/2023/joker123/ https://sraten.tuntang.semarangkab.go.id/wp-content/uploads/2023/sbobet-sbobet88-judi-bola-mix-parlay/ DEPO 5 BONUS 5 DEPO 10 BONUS 10 DEPO 15 BONUS 15 DEPO 20 BONUS 20 DEPO 25 BONUS 25 DEPO 30 BONUS 30 DEPO 35 BONUS 35 DEPO 40 BONUS 40 DEPO 45 BONUS 45 DEPO 50 BONUS 50 DEPO 75 BONUS 75 DEPO 100 BONUS 100 DEPO 150 BONUS 150 DEPO 200 BONUS 200 SLOT MPO MPO SLOT MPOPLAY ROBOPRAGMA SLOT GARANSI KEKALAHAN SLOT DEPO 1K SLOT DEPO 5K SLOT DEPO 10K SLOT DEPO 15K SLOT DEPO 20K SLOT DEPO 25K SLOT DEPO 30K SLOT DEPO 35K SLOT DEPO 40K SLOT DEPO 45K SLOT DEPO 50K SLOT DEPO 55K SLOT DEPO 60K SLOT DEPO 65K SLOT DEPO 70K SLOT DEPO 75K SLOT DEPO 80K SLOT DEPO 85K SLOT DEPO 90K SLOT DEPO 95K SLOT DEPO 100K SLOT DEPO 1000 SLOT DEPO 10000 SLOT DEPO 100000 SLOT4D SLOT THAILAND SLOT KAMBOJA SLOT INDONESIA SLOT TRIOFUS SLOT777 SLOT88 SLOT77 SLOT123 SLOT PYRAMID SLOT SPACEMAN SLOT KAKEK MERAH SLOT BONUS SLOT GACOR SLOT ONLINE SLOT DEMO SLOT DANA SLOT OVO SLOT PULSA SLOT DEPOSIT PULSA SLOT TELKOMSEL SLOT INDOSAT BONUS NEW MEMBER DEPOSIT PULSA DEPOSIT PULSA TANPA POTONGAN PKV GAMES BANDARQQ DOMINOQQ POKERQQ IDNPOKER IDNSLOT POKERV QQ ONLINE SITUS TOTO DATA MACAU DATA KAMBOJA DATA INDONESIA DATA HONGKONG DATA SYDNEY DATA SINGAPORE BETSERU BUNGA188 YING77 OLE777 GB777 BK8 GACOR669 SELOT188 NOMOREBET BERKAH186 VENTURE89 AFGGAME 888SLOT 1WIN RUMAH258