a Asal Raja Minangkabau dan Tanjung Pura dan Bersurupah Berteguh Janji – Yayasan Alam Melayu Sriwijaya

Syahadan termasyhurlah pada segala negeri bahawa Demang Lebar Daun mendapat anak raja tiga bersaudara dari Bukit Si Guntang dan daripada anak cucu Raja Iskandar Zul-Karnain. Maka datanglah Patih Suatang, raja Minangkabau, ke Palembang dengan segala pegawai dan rakyat sekaliannya, minta seorang anak raja itu hendak dirajakannya di alam Minangkabau. Maka oleh Demang Lebar Daun diberikannya yang bernama Sang Si Perba, serta dengan sekalian alatnya. Maka oIeh Patih Suatang dibawanya kembali ke alam Minangkabau, dirajakannya di sana.
Selama baginda kerajaan di alam Minangkabau itu, maka batang jelatang-ayam pun terlalu besar, diperbuatkan tiang balai baginda; lain daripada anak cucu baginda tiada siapa dapat duduk di sana kegatalan, dan batang saluguri akan baluhan tabuh, dan batang pulut pulut baluhan gendang, dan ruyung-kayang dapat diperbuatkan tetaran lembing menjadi pagar istana baginda itu; sebab itulah alam Minangkabau itu dinamai “Pagar Ruyung”, yang tersebut datang sekarang. Syahadan Patih Suatang lah akan bendahara baginda, memerintahkan kerajaan baginda.
Bermula ke Tanjung Pura pun kedengaranlah. Rajanya pun telah hilang; maka patihnya datang ke Palembang, meminta anak raja itu kepada Demang Lebar Daun akan dirajakannya di Tanjung Pura. Maka diberikannya Krisyna Pandita dengan alatnya; tinggallah Nila Utama kerajaan di Palembang, dipangku Demang Lebar Daun. Setelah berapa lamanya baginda dalam kerajaan bergelar Seri Teri Buana, maka baginda pun hendak beristeri. Maka baginda menyuruh memanggil Demang Lebar Daun. Maka Demang Lebar Daun pun datang mengadap, duduk menyembah; sembahnya: “Apa kehendak duli tuanku memanggil patik?” Adapun Demang Lebar Daun lah memulai asal berbahasa kepada raja bertuanku berpatik itu; serta meletakkan adat Melayu setengahnya. Maka titah Seri Teri Buana, “Adalah kita memanggil paman ini, kita hendak beristeri, carikan kita, adakah paman?” Maka sembah Demang Lebar Daun, “Baiklah tuanku, yang mana titah duli tuanku Yang Maha Mulia, patik junjung;” seraya ia menyembah, lalu kembali menyuruh mengambil anak raja-raja, barang yang baik dipersembahkan kepada Seri Teri Buana. Setelah malam dibawalah baginda beradu; setelah siang hari maka dilihat baginda anak raja itu sekonyong-konyong kedal. Maka dikembalikan baginda kepada Demang Lebar Daun, minta carikan yang lain pula. Maka dipersembahkannya pula; serta dibawa baginda beradu, kedal pula. Maka habislah anak raja-raja dalam negeri Palembang itu, serta dibawa baginda beradu kedal pula semua tubuhnya. Maka dipersembahkan oleh Demang Lebar Daun mengatakan tiada lagi anak raja-raja dalam negeri Palembang ini yang baik.
Hatta maka terdengarlah kepada Seri Teri Buana akan baik paras anak Demang Lebar Daun; pada zaman itu seorang pun tiada sebagainya yang di bawah angin ini. Maka baginda pun berahilah akan anak Demang Lebar Daun itu. Hendak dipinta oleh baginda, kalau-kalau tidak diberi oleh Demang Lebar Daun. Dengan hal demikian jadi masyghullah baginda; beberapa hari baginda tiada keluar diadap oleh orang di balai. Setelah Demang Lebar Daun melihat yang demikian itu, lalu ia masuk ke penghadapan dalam, maka ia pun bertanya kepada dayang-dayang, “Apa mulanya duli Yang Dipertuan telah berapa hari tiada keluar semayam?” Maka oleh dayang-dayang itu semuanya hal kelakuan baginda itu dikhabarkannya kepada Demang Lebar Daun.
Setelah Demang Lebar Daun mendengar khabar dayang dayang itu, maka ia fikir dalam hatinya, “Ada juga sesuatu yang dikuyukan oleh anak raja ini, baik aku bertanya kepadanya.” Setelah ia berfikir, maka kata Demang Lebar Daun, “Pergi dayang persembahkan ke bawah duli Yang Dipertuan katakan manira hendak mengadap.” Demang Lebar Daun yang permulaan berbahasa kepada raja Melayu “Yang Dipertuan” itu. Maka dayang-dayang itu pun masuklah mengadap baginda, persembahkan Demang Lebar Daun hendak mengadap baginda itu.
Maka Seri Teri Buana pun keluar semayam dihadap Demang Lebar Daun; dipandangnya muka baginda pucat-pucat berseri, selaku-laku ada menaruh berahi. Maka sembah Demang Lebar Daun, “Daulat tuanku patik berdatang sembah, apa sebab maka duli tuanku tiada keluar semayam seperti sediakala? Apa juga duli tuanku kehendaki tiada akan duli tuanku peroleh itu? Kerana negeri Palembang ini duli tuanku yang empunya dia. Patik sekalian ini hamba yang khas sekadar mengembalai sahaja. Jangankan setara yang lain, yang duli tuanku kehendaki tiada akan tuanku peroleh, jikalau atas nyawa patik sekalian duli tuanku kehendaki patik persembahkan. Jikalau tiada yang demikian sembah patik ini bukanlah patik sekalian hamba Melayu.”
Setelah Seri Teri Buana mendengar sembah Demang Lebar Daun itu, maka baginda fikir dalam hati, “Jika demikian baiklah aku katakan rahsiaku ini, mudah-mudahan kuperoleh, kerana tiada tertanggung berahiku ini. Maka titah baginda, “Adapun rahsia dalam hati Hamba ini terlalu besar, jikalau Hamba katakan pun tiada akan Hamba peroleh, maka demikianlah hal Hamba.”
Maka sembah Demang Lebar Daun, “Daulat tuanku, mengapa tuanku berlindung titah lagi? Kerana sembah patik ke bawah duli Yang Maha Mulia telah putus, tiada Hamba Melayu. itu dapat menyalahi kehendak tuannya. “Maka titah baginda, “Adalah Hamba mendengar khabar paman konon ada menaruh seorang anak perempuan, amat baik parasnya. Jikalau dengan ikhlas paman, inilah yang Hamba pohonkan kepada paman.”

Bersurupah Berteguh Janji

Maka sembah Demang Lebar Daun, “Sungguh tuanku seperti khabar orang itu; jikalau tuanku berkehendakkan patik itu, patik sembahkan, lamun mahu duli tuanku berjanji dahulu dengan patik. Maka titah baginda, “Apa janji paman hendak diperjanjikan dengan hamba itu? Katakan oleh paman hamba dengar.” Maka sembah Demang Lebar Daun, “Barang maklum duli tuanku Yang Maha Mulia, jikalau anak patik telah terambil ke bawah duli, jikalau ia kena penyakit seperti patik-patik yang lain, telah maklum ke bawah duli tuanku itu, jikalau ada ampun kurnia duli Yang Maha Mulia, janganlah tuanku keluarkan dari bawah istana tuanku. Biarlah ia menjadi gembala dapur Yang Maha Mulia, dan menyapu sampah di bawah peraduan duli tuanku. Seperkara lagi, perjanjian patik mohonkan anugerah ke bawah duli Yang Maha Mulia, segala hamba Melayu jikalau ada dosanya ke bawah duli, patik pohonkan jangan ia difadihatkan, dinista yang keji-keji, jikalau patut pada hukum syarak bunuh, tuanku; jangan duli tuanku aibi.”
Maka titah Seri Teri Buana, “Kabullah hamba akan janji paman itu; tetapi hamba pun hendak minta janji juga pada paman. “Maka sembah Demang Lebar Daun, “Janji yang mana itu, patik pohonkan titah duli Yang Maha Mulia.” Maka titah Seri Teri Buana, “Hendaklah oleh segala anak cucu Hamba, jikalau ada salahnya sekalipun, atau zalim jahat pekertinya, jangan segala Hamba Melayu itu derhaka dan menitikkan darahnya ke bumi, jikalau mereka itu akan cedera, berundur hingga takluk negerinya juga.”
Maka sembah Demang Lebar Daun, “Baiklah tuanku, tetapi jikalau anak cucu duli tuanku dahulu mengubahkan, anak cucu patik pun berubahlah tuanku.” Maka titah Seri Teri Buana, “Baiklah paman, kabullah hamba akan waad itu. Maka baginda pun bersumpah-sumpahanlah dengan Demang Lebar Daun. Titah baginda, “Barang siapa hamba Melayu derhaka mengubahkan perjanjiannya, dibalikkan Allah bumbungan rumahnya ke bawah kaki ke atas.” Maka sembah Demang Lebar Daun, ”Jikalau raja Melayu itu mengubahkan perjanjian dengan Hamba Melayu, dibinasakan Allah negerinya dan takhta kerajaannya.” Itulah dianugerahkan Allah subhanahu wa taala pada segala raja-raja Melayu, tiada pernah memberi aib kepada segala Hamba Melayu, jikalau sebagaimana sekalipun besar dosanya, tiada diikat dan tiada digantung, difadihatkan dengan kata-kata yang keji hingga sampai pada hukum mati, dibunuhnya. Jikalau ada seorang raja-raja Melayu itu memberi aib seseorang Hamba Melayu, alamat negerinya akan binasa.
Setelah sudah Demang Lebar Daun berteguh-teguhan waad itu, maka ia menyembah lalu kembali ke rumahnya, menghiasi anaknya yang bernama Radin Ratna Cendera Puri itu dengan selengkap perhiasan yang keemasan. Setelah sudah, lalu dibawanya masuk ke dalam, dipersembahkannya kepada Seri Teri Buana. Setelah baginda memandang rupa baik paras anak Demang Lebar Daun itu, maka baginda pun hairan serta dengan sukacitanya. Maka titah baginda, “Sepenuh kasih pamanlah, Hamba terima. “Maka sembah Demang Lebar Daun, “Barang Daulat tuanku bertambah-tambah.” Seraya ia bermohon kembali.
Setelah hari malam, Seri Teri Buana pun beradulah dengan Raden Ratna Cendera Puri. Setelah hari siang, dengan anugerah Allah Taala dilihat baginda akan isterinya suatu pun tiada merbahayanya; dipandang baginda bertambah amat pula indah sifat parasnya, kerana asal Demang Lebar Daun itu daripada Raja Sulan juga. Maka baginda pun terlalu sukacita, seraya baginda menyuruh memanggil Demang Lebar Daun; maka Demang Lebar Daun pun datang mengadap serta duduk menyembah. Maka titah Seri Teri Buana, “Paman, adalah anak paman suatu pun tiada merbahayanya. “Maka dipandang oleh Demang Lebar Daun, sungguh suatu pun tiada cacatnya anaknya itu. Maka sembah Demang Lebar Daun dengan sukacitanya, “Daulat Berdaulat tuanku Seri Teri Buana, Dipertuan Teritera hamba Melayu;” seraya menyembah lalu kembali mengampungkan segala pegawai dan rakyat sekalian memulai berjaga-jaga, mengahwinkan Seri Teri Buana dengan anaknya; membuat panca persada tujuh belas pangkat serta dengan alat perhiasannya, terIaIu indah perbuatannya. Betala tukangnya.
Maka terlalulah ramai orang berjaga-jaga itu, empat puluh hari empat puluh malam dengan segala bunyi-bunyian, beratus kerbau, lembu, biri-biri, itik, ayam, angsa yang disembelih orang akan makanan segala orang yang bekerja itu; kepala kerbau menjadi tungku, kerak nasi menjadi busut dan air didih menjadi anak sungai. Setelah genap empat puluh hari empat puluh malam, maka Seri Teri Buana dan Raden Ratna Cendera Puri pun dihiasi oranglah dengan segala pakaian yang keemasan, bertatahkan ratna mutu manikam yang gemerlapan. Akan Seri Teri Buana pun mengenakan mahkota baginda yang amat gilang-gemilang, cahaya manikamnya gemerlapan memberi hairan yang melihat dia; maka baginda naiklah ke atas perarakan emas berpermata di bawah payung empat terkembang. Maka diarak orang lah tujuh kali berkeliling negeri Palembang itu dengan serba bunyi bunyian, lalu ke istana; maka baginda pun dikahwinkan dengan Raden Ratna Cendera Puri. Maka rupa baginda dua laki isteri itu seperti matahari berkembar dengan bulan dipandang.
Setelah sampai tiga hari, maka dimandi-mandikan oleh Demang Lebar Daun, diarak pula ke panca persada dengan sepertinya, betapa adat raja yang besar-besar mandi, demikianlah dikerjakan oleh Demang Lebar Daun. Setelah selesailah daripada itu maka Seri Teri Buana pun kararlah kerajaan di dalam negeri Palembang, amat berkasih-kasihan dua laki isteri; menjadi makmurlah negeri Palembang Darul Salam seIama baginda naik kerajaan itu,
Sebermula pada suatu hari, hanyut buih dari hulu terlalu besar, maka dilihat orang dalam buih itu ada seorang budak perempuan, terlalu baik rupanya. Maka dipersembahkan oranglah kepada Seri Teri Buana, maka disuruh baginda ambil; maka dinamai baginda akan budak itu Puteri Tanjung Buih, diangkat baginda anak terlalulah baginda dua laki isteri akan Puteri Tanjung Buih itu.***tdb
Wallahua’lam
***Rujukan: Kitab Sulalatus Salatin Sejarah Melayu, Edisi Pelajar, A. Samad Ahmad

Sulalatus Salatin adalah judul asal Sejarah Melayu. Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) merupakan satu karya sejarah mengenai kebangkitan, kegemilangan dan kejatuhan zaman Kesultanan Melayu Melaka yang ditulis oleh beberapa orang pengarang Melayu. Sejarah Melayu Sulalatus Salatin dianggap penting kerana ia memberikan adat istiadat kerajaan, susunan raja Melayu dan sejarah kerajaan Melayu.

 

(Visited 171 times, 1 visits today)
Asal Raja Minangkabau dan Tanjung Pura dan Bersurupah Berteguh Janji
Tagged on:                     

One thought on “Asal Raja Minangkabau dan Tanjung Pura dan Bersurupah Berteguh Janji

  • December 29, 2019 at 5:47 am
    Permalink

    Sulatussalatin versi ini versi baru versi versi sesat menyesatkan. Dan versi ini sepertinya menghilangkan peran orang bintan. Raden ratna candra puri adalah putri bintan asli. Sang nila utama tribuwana adalah anak sang sapurpa dan wan sendari. Anak demang lebar daun bernama wan sundari. Bukan raden ratna candra puri. Jika diperhatikan versi ini berarti keturunan tribuwana ila utama bukan orang bintan. Padahal keturunan Tribuwana yg menjadi raja raja melayu selanjutnya adalah keturunan Bintan Riau.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

https://117.18.0.19/ https://117.18.0.17/ bandarqq pkv games dominoqq bandarqq dominoqq https://jftbasic.com/bonus-new-member/ https://jftbasic.com/modul/slot-pulsa/ https://jftbasic.com/modul/slot-maxwin/ https://jftbasic.com/modul/slot-kamboja/ https://jftbasic.com/modul/slot-thailand/ https://www.neotiahospital.com/dominoqq/ https://www.neotiahospital.com/bandarqq/ https://www.neotiahospital.com/robopragma/ https://prosulut.com/wp-content/slot-thailand/ https://prosulut.com/robopragma/ dominoqq bandarqq slot77 pkv games https://aim-ima.be/bandarqq/ https://aim-ima.be/dominoqq/ https://aim-ima.be/pyramid/ https://www.muistiliitto.fi/bandarqq/ https://tengerenge.com/alchemy/dominoqq/ https://oasismedical.com/robopragma/ https://oasismedical.com/slot-garansi-kekalahan/ https://www.jayanewslive.com/bandarqq/ https://www.jayanewslive.com/dominoqq/ https://www.jayanewslive.com/pkv/ https://hpnonline.org/wp-content/xrp/ https://hpnonline.org/wp-content/-/bandarqq/ https://hpnonline.org/wp-content/-/dominoqq/ https://ingeniomayaguez.com/inicio/wp-content/metahero/slot-terpercaya/ robopragma slot pulsa slot toto pkv games https://maximafoundation.org/ https://gsconsultants.lk/bandarqq/ https://gsconsultants.lk/dominoqq/ pkv games https://revistacipa.com.br/judi-bola-euro-2024/ pkv games https://ashleyadillon.com/ slot77 judi bola https://acapulco.gob.mx/mailer/ https://acapulco.gob.mx/tys/docs/ https://acapulco.gob.mx/pcivil/css/ https://acapulco.gob.mx/pcivil/uac/ https://acapulco.gob.mx/pcivil/recomendaciones/ pkv games dominoqq bonus new member slot depo 5k pkv games slot thailand slot garansi kekalahan slot dana situs toto slot thailand slot gacor mpo play slot bri slot bca slot dana slot mahjong ways slot77 slot77 slot123 pkv games pkv games pkv games pkv games pkv games bandarqq dominoqq dominoqq dominoqq dominoqq MPO mpo play mpo play bandarqq bandarqq pkv games pkv games pkv games jam hoki main slot jam hoki main slot bandarqq bandarqq pkv games bandarqq bandarqq bandarqq bandarqq dominoqq dominoqq dominoqq pkv games pkv games pkv games pokerqq mpo slot indonesia dominoqq bandarqq pkv games bandarqq pkv games pkv games
https://teradata.co.id/dana/ slot thailand https://bpsk.kuningankab.go.id/indosat/ https://sraten.tuntang.semarangkab.go.id/wp-content/uploads/2023/joker123/ https://sraten.tuntang.semarangkab.go.id/wp-content/uploads/2023/sbobet-sbobet88-judi-bola-mix-parlay/ DEPO 5 BONUS 5 DEPO 10 BONUS 10 DEPO 15 BONUS 15 DEPO 20 BONUS 20 DEPO 25 BONUS 25 DEPO 30 BONUS 30 DEPO 35 BONUS 35 DEPO 40 BONUS 40 DEPO 45 BONUS 45 DEPO 50 BONUS 50 DEPO 75 BONUS 75 DEPO 100 BONUS 100 DEPO 150 BONUS 150 DEPO 200 BONUS 200 SLOT MPO MPO SLOT MPOPLAY ROBOPRAGMA SLOT GARANSI KEKALAHAN SLOT DEPO 1K SLOT DEPO 5K SLOT DEPO 10K SLOT DEPO 15K SLOT DEPO 20K SLOT DEPO 25K SLOT DEPO 30K SLOT DEPO 35K SLOT DEPO 40K SLOT DEPO 45K SLOT DEPO 50K SLOT DEPO 55K SLOT DEPO 60K SLOT DEPO 65K SLOT DEPO 70K SLOT DEPO 75K SLOT DEPO 80K SLOT DEPO 85K SLOT DEPO 90K SLOT DEPO 95K SLOT DEPO 100K SLOT DEPO 1000 SLOT DEPO 10000 SLOT DEPO 100000 SLOT4D SLOT THAILAND SLOT KAMBOJA SLOT INDONESIA SLOT TRIOFUS SLOT777 SLOT88 SLOT77 SLOT123 SLOT PYRAMID SLOT SPACEMAN SLOT KAKEK MERAH SLOT BONUS SLOT GACOR SLOT ONLINE SLOT DEMO SLOT DANA SLOT OVO SLOT PULSA SLOT DEPOSIT PULSA SLOT TELKOMSEL SLOT INDOSAT BONUS NEW MEMBER DEPOSIT PULSA DEPOSIT PULSA TANPA POTONGAN PKV GAMES BANDARQQ DOMINOQQ POKERQQ IDNPOKER IDNSLOT POKERV QQ ONLINE SITUS TOTO DATA MACAU DATA KAMBOJA DATA INDONESIA DATA HONGKONG DATA SYDNEY DATA SINGAPORE BETSERU BUNGA188 YING77 OLE777 GB777 BK8 GACOR669 SELOT188 NOMOREBET BERKAH186 VENTURE89 AFGGAME 888SLOT 1WIN RUMAH258